24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

MRA sasar sumbangan bantuan RM1 juta bantu mangsa banjir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIAN Relief Agency (MRA) menyasarkan sumbangan bantuan bencana banjir RM1 juta daripada orang awam dan syarikat korporat yang bermurah hati bagi membantu mangsa banjir.

Menurut Presiden MRA, Dr Mohd Daud Sulaiman, sebagaimana pada tahun sebelumnya telah menggerakkan usaha di seluruh negara untuk menghantar bantuan di negeri yang terjejas teruk.

“Pada tahun lepas, MRA telah menghantar bantuan banjir dengan jumlah RM 620,000.

“Justeru pada tahun ini MRA menyasarkan sumbangan bantuan bencana banjir RM1 juta daripada orang awam dan syarikat korporat yang bermurah hati,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebagai permulaan operasi bantuan bencana banjir ini, MRA telah menerima sumbangan awal dana fasa kecemasan banjir sebanyak RM120,000 daripada Celcom Axiata Berhad.

“Sumbangan ini akan dikhususkan untuk membeli peralatan kebersihan seperti pam air, jet air, penjana kuasa dan peralatan keselamatan diri yang amat diperlukan sewaktu menghantar bantuan.

Advertisements

“Selain peralatan, sumbangan tersebut telah dimanfaatkan juga dalam bentuk pek makanan asas berserta air minuman dan diagihkan kepada 200 buah keluarga yang terjejas banjir di Kampung Pasir Baru, Klang Lama malam tadi,” katanya.

Katanya, kejadian banjir kilat khususnya di kawasan Lembah Klang ini adalah kejadian diluar jangkaan yang mana para penduduk yang terkesan tidak bersedia untuk menghadapi bencana tersebut.

“Hujan lebat dalam tempoh 24 jam tersebut juga telah menyebabkan kejadian tanah runtuh di banyak tempat dan banyak harta benda rosak ditenggelami air dan hilang dibawa arus.

“Para penduduk yang berjaya dibawa keluar dihantar ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang telah dibuka dan dikendalikan oleh pihak kerajaan.

“Bantuan awal yang difokuskan oleh MRA di sini adalah membekalkan pek makanan, pek makanan panas, bekalan air minuman, pek kebersihan dan keperluan bayi serta wanita untuk kegunaan mangsa yang tinggal di PPS ini,” katanya.

Sumbangan orang ramai boleh disalurkan ke Tabung Bantuan Kecemasan Mengharungi Monsun MRA menerusi akaun CIMB Bank – Malaysian Relief Agency (No. akaun: 86000 59478)-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan