34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

43,392 mangsa banjir di lapan negeri dipindahkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEADAAN banjir di seluruh negara semakin buruk apabila seramai 43,392 mangsa daripada 13,153 keluarga telah dipindahkan sehingga pagi ini berbanding 30,569 orang petang semalam.

Kesemua mereka kini ditempatkan di 407 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Kuala Lumpur.

Berdasarkan info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah tersebut menunjukkan peningkatan ketara berbanding petang semalam iaitu 343 PPS dibuka membabitkan 9,572 keluarga.

Advertisements

“Jumlah mangsa yang terlibat di negeri Pahang adalah paling tinggi dengan melibatkan seramai 25,669 orang daripada 6,862 keluarga dipindahkan ke 239 PPS di negeri tersebut.

“Setakat pukul 8.15 pagi tadi, jumlah mangsa bagi setiap negeri menunjukkan peningkatan dan juga penurunan berbanding petang semalam.

“Selain itu, Selangor dan Perak masih menunjukkan peningkatan iaitu masing-masing merekodkan seramai 11,598 orang dan 242 orang berbanding semalam yang hanya melibatkan 9,904 orang dan 87 orang,” katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan