32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

13 LRA di Pahang tidak dapat beroperasi, 54,000 akaun terjejas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 13 Loji Rawatan Air (LRA) di lima daerah di Pahang tidak dapat beroperasi akibat terkesan dengan kejadian banjir yang kini sedang melanda diseluruh Pahang.

Ketua Pegawai Eksklusif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata, penutupan LRA di daerah Kuantan, Temerloh, Bentong, Lipis dan Raub telah bermula pada 18 Disember lalu.

“Penutupan kesemua LRA itu adalah disebabkan peningkatan paras air sungai dan terputus bekalan elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan ini memberi kesan kepada 53,916 akaun pengguna.

“Namun bantuan penghantaran bekalan air bersih digerakkan dan tangki statik telah ditempatkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang terjejas,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, pihak PAIP berdepan dengan kesukaran berikutan masih terdapat banyak kawasan yang dinaiki air.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan buruk di empat daerah di Pahang iaitu Lipis, Jerantut, Maran dan Kuantan.

Amaran hujan berterusan waspada pula di Cameron Highlands, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera.

Sementara itu, lima sungai melepasi paras bahaya iaitu Sungai Tembeling di Kampung Merting, Jerantut dan Sungai Lipis di Batu Malim, Raub.

Selain itu, Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, Sungai Kuantan di Bukit Kenau dan Sungai Kuantan di Pasir Kemudi, Kuantan.

Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh dan Sungai Jempol di Ran FELDA Jengka, Maran pula melepasi paras amaran, manakala lapan lagi sungai melepasi paras berjaga-jaga.-Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan