25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Plaza tol dan persimpangan bertingkat Shah Alam dibuka

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PLAZA tol dan persimpangan bertingkat Shah Alam di sini, kembali dibuka secara berperingkat kepada semua pengguna lebuh raya itu.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, pihaknya sedang menjalankan kerja pembersihan dan pengalihan kenderaan yang terkandas.

“Dalam pada itu, pemeriksaan menyeluruh dan kerja pembaikan aset lebuh raya serta peralatan tol yang rosak akibat banjir turut dijalankan.

“Laluan yang terjejas sudah dibuka secara berperingkat.

Advertisements

“Bagaimanapun, PLUS menasihatkan pengguna berwaspada dan mematuhi papan tanda amaran kerana beberapa bahagian jalan masih ditakungi air,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zakaria berkata , PLUS berterima kasih atas kerjasama semua pihak termasuk Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Kesabaran dan keselesaan semua pengguna kekal menjadi keutamaan kita. Pelanggan dinasihatkan menyemak status terkini banjir dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan,”katanya.

Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat trafik terkini boleh melayari www.plus.com.my dan platform media sosial seperti Facebook (FB) dan Twitter PLUS.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan