32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

184 kes positif COVID-19 dikesan di PPS seluruh negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 181 kes positif COVID-19 dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hasil saringan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir di enam negeri di Semenanjung.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata sehingga jam 11 pagi hari ini, sejumlah 117 kes dikesan di Selangor, Pahang (52), Kelantan (6), Kuala Lumpur (4) dan masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Melaka.

“Kebanyakan kes positif COVID-19 berada dalam kategori 1 dan 2, serta telah dipindahkan ke hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) atau kemudahan lain termasuk PPS khusus untuk individu yang disahkan positif COVID-19.

“KKM telah menjangkakan peningkatan kes ini berkemungkinan ekoran keadaan pemindahan yang terpaksa dibuat dalam keadaan yang sangat berisiko tinggi. Mungkin ada langkah-langkah kesihatan awam yang tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya,” katanya, lapor Astro Awani.

Beliau berkata demikian semasa sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

Advertisements

Khairy berkata, pihaknya memahami isu ini, dan keutamaan kita menyelamat mangsa banjir.

“Bagaimanapun, kadangkala memang tidak dapat dielakkan beberapa perkara yang sepatutnya dibuat dalam langkah kesihatan awam, ia tidak dapat dipatuhi,”katanya.

Beliau pada masa sama memaklumkan terdapat 206 kes kontak rapat COVID-19 dan individu-individu berkenaan telah dipindahkan ke PPS khusus, PKRC, stesen kuarantin atau ke hospital.

Menurut Khairy, KKM telah bersiap-sedia dengan sebarang kemungkinan akan berlaku peningkatan kes COVID-19.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah memaklumkan kepada semua negeri untuk mempertingkatkan sistem kesihatan awam susulan bencana banjir yang melanda negara ketika ini.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan