26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Ejen Mossad di Malaysia: KDN diminta buat penjelasan lengkap

Kerajaan wajar membentuk pasukan khas untuk meneliti dan mendalami strategi Mossad mendekati dan melatih orang tempatan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) diminta memberi penjelasan berhubung pendedahan operasi agensi pengintipan rejim Israel, Mossad di Malaysia.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pendedahan itu bukan hanya menimbulkan kebimbangan masyarakat, malah menimbulkan risiko keselamatan serta membabitkan isu kedaulatan dan maruah negara.

Menurutnya, Kerajaan wajar membentuk pasukan khas untuk meneliti dan mendalami strategi Mossad mendekati dan melatih orang tempatan.

“Susulan itu, saya secara peribadi dan UMNO secara amnya percaya wujud keperluan untuk kerajaan, khususnya KDN tampil membuat penjelasan yang lengkap berhubung pendedahan yang menggemparkan ini.

“Malaysia tidak boleh dibiarkan menjadi medan operasi pengintipan jahat mana-mana pihak, apatah lagi oleh rejim haram seperti Israel yang tidak pun diiktiraf oleh negara kita.

“Kritikal untuk pihak berkuasa meneliti dan menyiasat saluran serta ‘entry window’ yang membolehkan operasi sedemikian menyelinap masuk, bertapak serta beroperasi di dalam negara kita,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Malah Mohamed Khaled bertegas, pembabitan ramai warga tempatan yang tidak bertanggungjawab dalam sindiket itu bukan sahaja harus dikenakan hukuman yang tegas, malah keras.

Menurutnya, apa yang lebih membimbangkan perkara yang didedahkan itu didakwa bukanlah insiden yang baharu.

“Sudah pasti semua ini tidak berlaku dengan mudah melainkan mereka benar-benar memahami ekosistem dan pendekatan keselamatan dalam negara kita.

“Kerajaan mesti melihat isu ini secara serius dan menjelaskannya kepada masyarakat.

“Kita bukan sahaja ingin menjawab kekeliruan dan mengetahui perkara sebenar. Tetapi ia juga boleh menjadi amaran serta meningkatkan kesedaran orang awam berhubung jenayah ini,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial, Mossad dipercayai merekrut aset tempatan untuk membantu rejim Zionis memburu anggota Hamas di Malaysia, termasuk dalam kes penculikan dua lelaki Palestin yang dipercayai aset Briged Hamas al-Qassam di ibu negara, baru-baru ini.

Dalam operasi di tengah-tengah Kuala Lumpur, mesej tular itu mendakwa, pasukan perisik memintas dua warga Palestin sejurus selepas jam 10 malam pada 28 September, apabila kedua-duanya mahu memasuki kenderaan diletakkan berhampiran Jalan Yap Kwan Seng, di ibu negara.

Semalam Menteri KDN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dilaporkan berkata, akan meneliti dakwaan ada ejen perisikan dari Israel masuk ke Malaysia dan menculik warga Palestin yang berada di negara.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan