25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Lapan maut, 18 lagi cedera dalam insiden letupan Penjara Insein

Insiden letupan itu menyebabkan tiga kakitangan penjara dan lima pelawat maut.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEKURANG-KURANGNYA lapan orang terbunuh dalam letupan yang berlaku di sebuah penjara terbesar di ibu negara Myanmar.

Memetik laporan Agensi, penduduk tempatan menyatakan dua butir bom meletup di pintu masuk penjara Insein pada pagi tadi.

Insiden letupan itu menyebabkan tiga kakitangan penjara dan lima pelawat maut.

Sekurang-kurangnya 18 orang lagi cedera dalam kejadian itu.

Penjara Insein merupakan penjara paling besar di Myanmar yang menempatkan hampir 10,000 banduan, kebanyakkannya tahanan politik.

Setakat ini, tiada mana-mana pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.

Wartawan BBC Myanmar melaporkan bom itu meletup di sebuah bilik pentadbiran di penjara berkenaan. 

Untuk rekod, media melaporkan negara Asia Tenggara itu bergolak sejak tentera merampas kuasa dalam rampasan kuasa tahun lalu.

Lebih 2,200 orang terbunuh dan 15,000 ditangkap dalam tindakan keras tentera terhadap perbezaan pendapat sejak rampasan kuasa Februari 2021, menurut kumpulan pemantau tempatan.

Terbaharu, media melaporkan seorang ahli ekonomi Australia yang dipenjarakan di Myanmar, dipindahkan dari ibu kota terpencil yang dibina tentera ke penjara di Yangon.

Sean Turnell, yang adalah penasihat kepada pemimpin awam Myanmar, Aung San Suu Kyi, ditahan sejurus selepas rampasan kuasa Februari tahun lalu.

Pada September lalu, beliau dan Suu Kyi disabitkan oleh mahkamah junta yang bersidang secara tertutup atas kesalahan melanggar akta rahsia rasmi dan masing-masing dijatuhi hukuman penjara tiga tahun.

Menurut sumber, Tunell dipindahkan ke penjara Insein, namun, tidak menyatakan bila ahli akademik itu dipindahkan.

Turnell, adalah warga asing pertama diketahui ditangkap berikutan rampasan kuasa 1 Februari 2021 dan ditahan ketika temubual dalam telefon dengan BBC.

Ratusan tahanan politik dianggarkan ditahan di penjara Insein di Yangon, termasuk warga asing.

Bekas duta United Kingdom (UK) ke Myanmar Vicky Bowman sedang menjalani hukuman penjara selama setahun di sana kerana gagal mengisytiharkan beliau tinggal di alamat yang berbeza daripada yang disenaraikan dalam sijil pendaftaran warga asingnya.

Wartawan Jepun, Toru Kubota, yang dipenjarakan selama sepuluh tahun selepas ditangkap pada protes antirampasan kuasa, turut ditahan di kompleks era kolonial itu. 

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan