30.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Belanjawan 2025: Peruntukan pertahanan ketiga tertinggi

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pertahanan menjadi antara kementerian yang mendapat peruntukan tertinggi dalam Belanjawan 2025 iaitu sebanyak RM21.2 bilion.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peruntukan tersebut menyaksikan peningkatan sebanyak 7 peratus berbanding 2024.

Beliau berkata, jumlah tersebut menjadikan Kementerian Pertahanan dalam kelompok tiga kementerian yang memperoleh peruntukan tertinggi selepas Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan.

“Secara asasnya peningkatan ini merangkumi penambahbaikan peruntukan sedia ada serta keperluan khas seperti kepengerusian ASEAN 2025,” katanya hari ini.

Beliau mengulas Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menyempurnakan pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 itu dengan tema ‘Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera’ berjumlah RM421 bilion.

Mohamed Khaled berkata, antara inisiatif yang menyaksikan peningkatan adalah peruntukan kerja-kerja senggara dan pembaikan serta perolehan aset-aset ketenteraab baharu berjumlah RM5.8 bilion.

Advertisements

Turut mencatatkan peningkatab ialah penyelenggaraab semua sekolah dan pelebaran dan pengukuhan capaian Internet di dalam kem-kem tentera.

Selain itu, beliau berkata, terdapat beberapa pengukuhan dasar dan inisiatif sedia ada termasuk pelaksanaan fasa rintis Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) konsep baharu dengan peruntukan RM50 juta.

Selain itu, Program Potege – Veteran, yang mewajibkan para kontraktor menyediakan peluang pekerjaan kepada veteran ATM dan peningkatan Bantuan Sara Hidup veteran ATM tidak berpencen dari RM300 kepada RM500 sebulan.

Turut mendapat perhatian ialah pelarasan pencen secara berfasa berdasarkan pelarasan peratusan ke atas gaji akhir pesara.

“Kementerian Pertahanan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan atas keprihatinan yang dizahirkan dalam belanjawan ini.

“Kementerian Pertahanan komited memastikan segala peruntukan tersebut dibelanjakan dengan cara paling berhemah dan berimpak kepada semua,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan