26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, December 2, 2024

Perjuangan pemain Malaysia di Terbuka Denmark berakhir

Mesti Baca

PERJUANGAN para pemain Malaysia dalam Terbuka Denmark berakhir apabila dua beregu negara terkandas di peringkat suku akhir awal pagi ini.

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal meneruskan rentak kemenangan ke atas beregu China, Chen Bo Yang-Liu Yi apabila tunduk 22-20, 15-21.

Kemenangan ke atas pemain ke-21 dunia itu pada pusingan awal Terbuka Artik minggu  lalu gagal diteruskan apabila kecundang dalam tempoh 41 minit.

Pada set pertama Aaron-Wooi Yik hampir meraih kemenangan apabila berjaya menyamakan kedudukan di mata akhir sebelum mengheret ke mata deuce.

Bagaimanapun, beregu China nyata beraksi lebih baik kali ini untuk menafikan kemenangan buat beregu no. 4 dunia itu untuk menamatkan perlawanan dengan 22-20.

Advertisements

Pada set kedua, beregu negara yang baru kembali beraksi dalam Jelajah Dunia itu ekoran kecederaan Wooi Yik di Olimpik Paris, mula hilang rentak dan tewas 21-15.

Sementara itu, harapan untuk melihat jaguh beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah untuk mencipta satu lagi kejuaraan tidak kesampaian apabila mereka ditundukkan beregu Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi 22-20, 21-19.

Berbeza ketika pertemuan kedua-dua beregu itu di separuh akhir Terbuka Artik minggu lalu yang berpihak kepada pemain negara, kali ini Pearly-Thinaah kelihatan ‘goyang’.

Pearly-Thinaah gagal untuk mengekang serangan pasangan Jepun dan acap kali terpaksa mengejar mata selepas ketinggalan jauh.

Pun begitu semangat juara tinggi yang dimiliki mereka berjaya tidak cukup kali ini untuk menamatkan perjuangan sehingga ke suku akhir dalam jelajah Super 750 itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

ATPC kembang pasaran perubatan global di Indonesia

AGAPE ATP Corporation (ATPC) mengembangkan pasaran perubatan global di Indonesia menerusi tiga memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan institusi...

Lagi Artikel Berkaitan