32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Belanjawan 2025 beri impak positif kepada peneroka – Felda

Mesti Baca

BEBERAPA pengumuman penting dalam Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen semalam mampu memberi impak positif kepada kesejahteraan warga peneroka.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berkata, antaranya ialah Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi MADANI) yang mana sehingga kini lebih 57 peratus permohonan rancangan Felda telah diluluskan.

Agensi itu dalam kenyataannya berkata, ini melibatkan program untuk pertanian, makanan, jahitan, kraftangan, herba, kesihatan, pelancongan, hospitaliti, aktiviti hijau dan kitar semula.

“Ini sekaligus dapat meningkatkan taraf hidup komuniti Felda dengan pelbagai inisiatif pembangunan sosioekonomi, yang sangat bertepatan dengan matlamat Kerajaan untuk memperkasakan rakyat di kawasan luar bandar,”kata kenyataan itu hari ini.

Felda berkata, pihaknya turut menghargai peningkatan peruntukan kepada Felda, Felcra dan Risda sebanyak RM2.6 bilion berbanding RM2.4 bilion sebelumnya, bagi memperkukuh sektor pertanian, khususnya sawit.

Advertisements

Katanya, kerajaan turut menaikkan nilai ambang levi keuntungan luar biasa ke atas buah kelapa sawit seterusnya mengukuhkan daya saing industri sawit negara.

“Kerajaan juga mengumumkan penambahbaikan Kesihatan dan Dialisis Peritoneal di mana Felda komited untuk turut serta dalam usaha ini dengan menambah baik kemudahan pusat dialisis Felda demi memastikan warga Felda yang memerlukan rawatan mendapat akses kepada perkhidmatan
yang berkualiti,”katanya.

Pada masa yang sama, kata kenyataan itu, Felda juga menghargai cadangan pembaikan infra jalan di kawasan tanah rancangan itu dan pembinaan prasekolah yang baharu di tanah rancangan.

“Dengan sokongan belanjawan yang menyeluruh ini, Felda dan peneroka akan terus berusaha keras untuk menjamin pertumbuhan ekonomi yang lebih mapan demi mempertingkatkan mutu kehidupan warga peneroka.

“Felda yakin bahawa dengankerjasama padu antara Kerajaan dan agensi-agensi berkaitan, visi untuk mencipta sebuah negara Madani yang makmur dan rakyat yang sejahtera akan dapat dicapai,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan