26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Saya tekad berikan terbaik, bermula di Putrajaya – Radzi Jidin

Setelah berkhidmat sebagai menteri kabinet dan menetap di Putrajaya, sedikit sebanyak permasalahan penduduk telah diselami.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“SAYA bertekad untuk memberikan yang terbaik bagi memastikan perubahan berlaku dalam arena politik negara, bermula dari Putrajaya,” kata Datuk Dr Radzi Jidin menerusi hantaran di Facebook beliau.

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu turut mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan Perikatan Nasional (PN) serta kepimpinan Bersatu diatas kepercayaan diberi.

“Pengumuman oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa program Jelajah Prihatin Putrajaya malam tadi merupakan satu penghormatan dan amanah yang akan saya galas sebaiknya, Insya-Allah.

“Terima kasih Tan Sri Muhyiddin, pucuk pimpinan PN serta kepimpinan BERSATU atas kepercayaan yang diberikan.

“Memetik kata-kata Tan Sri Muhyiddin semalam, “Keberadaan kita adalah untuk mewujudkan sebuah Kerajaan dan kepimpinan yang baik, prihatin, amanah dan penuh integriti yang dapat melaksanakan pembangunan menyeluruh sehingga Malaysia kembali menjadi negara hebat dan disegani”, saya bertekad untuk memberikan yang terbaik bagi memastikan perubahan berlaku dalam arena politik negara, bermula dari Putrajaya,”katanya.

Beliau berkata, setelah berkhidmat sebagai menteri kabinet dan menetap di Putrajaya, sedikit sebanyak permasalahan penduduk telah diselami selain dikongsikan sendiri warga Putrajaya sama ada ketika program rasmi atau pertemuan biasa.

“InsyaAllah, dengan amanah yang diberikan oleh PN ini, saya akan perjuangkan suara warga Putrajaya dan ikhtiarkan sebaiknya demi kesejahteraan penduduk.

“Saya percaya dengan kerjasama dan dokongan seluruh jentera PN, tidak terkecuali setiap warga Putrajaya, kita semua mampu mencipta Era Baharu Putrajaya,” katanya.

Semalam, secara rasmi Radzi Jidin dinamakan sebagai calon PN bagi kerusi Parlimen Putrajaya untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). – Edisi 9

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan