30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Dua pelajar kolej maut, nahas dua buah kenderaan

Kemalangan itu berlaku di simpang tiga di situ membabitkan kereta Perodua Kancil yang dinaiki mangsa dengan sebuah pacuan empat roda.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA pelajar kolej maut selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 145, Jalan Kuala Terengganu -Kuantan, dekat kawasan Perindustrian Telok Kalong, Terengganu, petang tadi.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 1.37 petang, Muhammad Ilman Waiz Ahmad Wazi, 18, maut di tempat kejadian manakala Muhammad Amirul Adli Mohd Anuar, 18, disahkan meninggal ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kemaman, kira-kira pukul 3 petang.

Seorang lari rakan mereka, Muhammad Muttaqin Zainal, 18, yang memandu kereta terbabit cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Kemaman.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, kemalangan itu berlaku di simpang tiga di situ membabitkan kereta Perodua Kancil yang dinaiki mangsa dengan sebuah pacuan empat roda.

“Setibanya di tempat kejadian, kereta terbabit dikatakan secara tiba-tiba membelok memasuki sebuah simpang di situ.

“Dalam masa yang sama, pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan gagal mengelak lalu merempuh kenderaan mangsa sebelum diseret.

“Pemandu dan penumpang pacuan empat roda yang berusia 21 dan 28 tahun yang juga pekerja syarat petrokimia tidak cedera, “katanya hari ini.

Hanyan berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu membantu mengeluarkan kesemua mangsa sebelum menghubungi polis.

“Kesemua pelajar itu adalah pelajar sebuah kolej kejuruteraan di Teluk Kalong dan mereka dalam perjalanan menuju ke stesen bas ekspres di bandar Chukai.

“Kedua-dua mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, “katanya.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan