31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Belum ada kata putus harga lantai getah – Mahdzir

Kerajaan perlu ada perbincangan khas mengenainya kerana setiap sen harga lantai yang ditetapkan akan memberi tanggungan besar kepada kerajaan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN belum memutuskan penetapan harga lantai getah pada nilai baharu bagi membantu golongan penoreh getah di luar bandar.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata, harga lantai getah perlu dibincangkan semula selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kerana ia melibatkan implikasi kewangan yang bakal ditanggung kerajaan jika harga lantai getah dinaikkan.

Perkara itu juga katanya, harus dikaji bersama Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi serta Kementerian Kewangan.

“Saya secara peribadi menyokong harga lantai getah RM3.50 namun di pihak kerajaan kita perlu ada perbincangan khas mengenainya kerana setiap sen harga lantai yang ditetapkan akan memberi tanggungan besar kepada kerajaan.

“Contohnya jika harga getah ketika ini RM2.90 sekilogram dan harga lantai ditetapkan RM3.50, maka kerajaan perlu tambah setiap sen kenaikan itu,”katanya kepada media selepas Majlis Pekebun Kecil Makmur RISDA di Dewan Kolej MARA, hari ini.

Jelas Mahdzir, cadangan itu juga perlu mengambil kira beberapa faktor dan diteliti satu persatu termasuk jumlah pekebun dan keluasan hektar kebun getah serta harga semasa getah di pasaran dunia.

Tambah Mahdzir, pihaknya menjangkakan penetapan harga lantai itu boleh dibuat, namun perlu mengambil masa sebelum dapat dilaksanakan. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan