31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Kalih Bagi Sama: Sanusi, di mana songsangnya?

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid mempersoalkan dakwaan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor kononnya ‘Kalih Bagi Sama’ bertentangan amalan demokrasi.

Jelas beliau, kempen itu adalah sebahagian gerakan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam usaha menawan kembali pengundi di negeri berkenaan selain tidak melanggar amalan demokrasi di negara ini.

“Di mana songsangnya? Istilah songsang tak ada apabila tiba kempen pilihan raya, kita guna ‘Kalih Bagi Sama’ kerana ia adalah hak parti untuk berkempen.

“Kita tawarkan kepada rakyat Kedah jika undi BN dan PH, makna sama undi kerajaan di Persekutuan.

“Dalam amalan demokrasi ini tak salah, ada perkara lebih salah jika mencarut, maki orang, fitnah, ikut suka hati kata pada orang. Itu semua lebih dahsyat lagi daripada songsang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas UMNO Kedah di Alor Setar, malam tadi.

Advertisements

Jelas Mahdzir, kempen itu juga adalah tawaran BN dan PH kepada rakyat Kedah yang mahu melihat pentadbiran negeri dan Persekutuan selari, agar lebih banyak pembangunan dapat dibawa ke negeri berkenaan.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi mendakwa kempen ‘Kalih Bagi Sama’ yang dilancarkan PH-BN sebagai songsang dan bertentangan amalan demokrasi di negara ini.

Mengulas mengenai manifesto yang akan digunakan gabungan BN-PH sempena PRN akan datang, Mahdzir berkata, tawaran itu akan merangkumi pelbagai aspek demi memastikan kesejahteraan rakyat diutamakan.

Katanya, tawaran yang akan dimuktamadkan BN dan PH dalam tempoh terdekat ini, diyakini mampu memberi keyakinan kepada pengundi dalam membuat pilihan mereka.

“Antara intipati manifesto yang dibincangkan adalah tawaran kepada wanita dan golongan belia selain aspek kesejahteraan rakyat membabitkan sektor ekonomi, pertanian, pendidikan dan sukan.

“Kita akan bawa tawaran ini untuk diputuskan BN dan PH minggu depan, jika kedua-dua pihak terima, maka kita akan bentangkan kepada rakyat pada PRN kali ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan