32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 24, 2024

RM8.9 juta bantu insitusi pendidikan Islam di Kedah – PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN memperuntukkan sebanyak RM8.9 juta bagi membantu institusi-institusi pendidikan Islam di Kedah meningkatkan lagi tahap dan mutu pendidikan di negeri itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM6.4 juta diperuntukkan untuk membaik pulih dan menaik taraf kemudahan pendidikan bagi institusi pendidikan Islam termasuk sekolah Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di negeri berkenaan.

“Bagi negeri Kedah sahaja, Kerajaan Perpaduan telah luluskan sejumlah RM604,180 kepada 36 institusi pendidikan Islam ini untuk tujuan kursus dan latihan guru serta bantuan pendidikan seperti meja, kerusi, almari, projektor, papan putih, kabinet buku dan sebagainya.

“Kerajaan Perpaduan turut akan menyumbang sejumlah RM1.985 juta kepada 28 pondok, tahfiz, maahad dan sekolah agama yang berdaftar di Kedah dalam usaha kita menyuburkan lagi pendidikan berteraskan Islam di negeri ini,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan Jubli Intan Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdhah Hasanah Melele, Kodiang hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dan Pengetua SMA Nahdhah Hasanah Melele, Mohd. Jamil Sadaqi Tajuddin.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.2 juta lagi kepada pihak SMA Nahdhah Hasanah Melele bagi tujuan membaik pulih sekolah itu.

Anwar berkata, di bawah Kementerian Pendidikan, sejumlah RM821 juta telah diperuntukkan untuk pengoperasian dan pembangunan pendidikan Islam khususnya bagi 228 sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) yang berdaftar di bawah kementerian di seluruh negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

ADUN Sungai Bakap daripada Pas, Nor Zamri meninggal dunia

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap dalam Parlimen Nibong Tebal, Nor Zamri Latiff disahkan meninggal dunia tengah hari...

Lagi Artikel Berkaitan