27.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

Treler Jualan Rahmah bergerak tawar barangan keperluan harian

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

INISIATIF treler Jualan Rahmah bergerak memudahkan orang ramai mendapatkan barangan keperluan harian secara terus dari lokasi penempatan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, inisiatif itu juga memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan barangan sehingga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran. 

Katanya, objektif utama program Jualan Rahmah Bergerak diadakan adalah bagi memastikannya sampai secara terus kepada golongan sasar.

“Program ini menyediakan barangan keperluan harian pada harga mampu milik dan pada masa sama, dapat membantu menghidupkan kembali ekonomi seluruh masyarakat setempat setelah berdepan pandemik sejak dua tahun lepas.

“lni sekali gus membantu meringankan kos sara hidup rakyat dan memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan selepas melancarkan treler Jualan Rahmah bergerak sempena Love Penang Agrofest@Pesta Mengkuang 2023 yang diadakan di Kubang Semang, Butterworth, Pulau Pinang.

Fuziah berkata, program Jualan RAHMAH itu dilaksanakan dengan tiga cara, pertama dengan membuat jualan di dalam premis yang sesuai seperti pasar raya dan sebagainya. 

Ujarnya, cara kedua adalah secara di lapangan di mana KPDN bekerjasama dengan pemimpin tempatan membawa pemain-pemain industri untuk membuat jualan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). 

“Cara ketiga seperti mana yang telah dilancarkan sebelum ini adalah diadakan secara bergerak oleh rakan strategik KPDN.

“Jualan (diadakan) secara bergerak di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan pasar raya atau premis peruncitan yang bersesuaian serta jauh untuk mendapatkan barangan keperluan harian,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Anwar terkesan, sedih dengan kematian Presiden Raisi

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa terkesan dan sedih menerima laporan kemalangan helikopter yang membabitkan Presiden Iran, Ebrahim Raisi...

Lagi Artikel Berkaitan