30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Siapa Perdana Menteri pilihan rakyat Malaysia?

Rakyat tentulah mahu tahu siapa yang mereka akan pilih di kawasan masing-masing nanti dengan pakej PM sekali.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

AKHIRNYA Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekaligus menamatkan penantian sebahagian rakyat Malaysia yang tidak sabar untuk membuat penentuan memilih kerajaan baharu.

Tersasar sedikit tarikh yang dikongsi di media sosial sebelum ini atau yang dibualkan semasa di kedai ‘kopi’, namun bagi SPR, tarikh yang diperoleh hasil mesyuarat khas 20 Oktober lalu dirasakan paling tepat dan terbaik untuk rakyat Malaysia memilih kerajaan baharu yang lebih mutkak melalui sistem demokrasi.

Menurut Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh, hari penamaan calon akan dijalankan pada Sabtu 5 November, manakala pengundian awal ditetapkan pada Selasa 15 November diikuti 19 November iaitu pada hari Sabtu bagi hari mengundi.

Ada muka baharu, ada muka lama, ada dari tempat selamat nak ditukar pula ke tempat tak selamat, apa yang pasti ada parti yang begitu sinonim mengangkat siapa calon Perdana Menteri (PM) mereka jika menang PRU15 nanti.

Rakyat tentulah mahu tahu siapa yang mereka akan pilih di kawasan masing-masing nanti dengan pakej PM sekali.

Siapa calon PM, tentulah menjadi ‘buah mulut’ serta tumpuan pengundi.

Barisan Nasional (BN) sudah beberapa kali mengesahkan untuk menamakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai calon Perdana Menteri jika parti itu memenangi pilihan raya.

Ismail Sabri mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada Ogos 2021 selepas peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keputusan itu turut mendapat sokongan sebahagian besar UMNO Bahagian dalam mesyuarat yang berlangsung baru-baru ini membabitkan 152 bahagian.

Antara UMNO bahagian yang menamakan Ismail Sabri termasuk Padang Terap, Arau dan Tampin.

Walaupun Ismail Sabri diangkat sebagai ‘Poster Boy’ BN namun Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak akan turut mengemukakan beberapa nama lain.

Di pihak Pakatan Harapan (PH) pula, mereka mengulangi keyakinan menawarkan kredibiliti dan populariti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PM.

Perkara itu diumumkan Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika berucap dalam Konvensyen Harapan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (ICC) Ipoh, baru-baru ini.

Ini merupakan kali kedua Anwar diangkat sebagai calon Perdana Menteri mewakili pembangkang selepas kali pertama pada 2013.

Calon PM dari PH itu memang keputusan sedekad lalu, hanya PRU14 sahaja ditukar calonnya.

Perikatan Nasional (PN) puka mempertaruhkan pengalaman Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk sekali lagi menerajui negara sekiranya parti itu menguasai Putrajaya.

Sementara itu, Gerakan Tanah Air (GTA) pula mempertaruhkan pemimpin veterannya, Tun Dr Mahatahir Mohamad sebagai PM.

Apa yang pasti, tiga daripada empat nama yang disebut-sebut sudah pernah menjadi PM, kredibiliti mereka juga sudah diuji semasa pandemik Covid-19.

Cuma tinggal hari mengundi sahaja lagi, untuk tentukan calon PM mana yang akan menerajui kerajaan selepas PRU15 nanti.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan