24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Calon PM Thailand lahirkan anak 2 minggu sebelum PRU

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PAETONGTARN Shinawatra, calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum Thailand akan datang,selamat melahirkan seorang bayi lelaki hanya dua minggu sebelum pilihan raya negara itu akan berlangsung.

Paetongtarn mengumumkan mengenai kelahirannya itu di laman rasmi Facebook dan Instagram sambil memuat naik gambar bayinya bersama pasangannya.

“Hai, nama saya Prutthasin Sooksawas. Boleh panggil saya Thasin.

“Terima kasih atas sokongan. Dalam beberapa hari ini, tunggu ibu saya pulih dan dan saya berjumpa dengan media,” tulisnya pada keterangan gambar.

Paetongtarn, yang merupakan anak bongsu kepada bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra.

Advertisements

Paetongtarn yang berusia 36 tahun yang juga dikenali dengan gelaran “Ung Ing” merupakan seorang daripada tiga calon perdana menteri dari Parti Pheu Thai pada Pilihan Raya Umum 14 Mei.

Beliau menduduki tempat pertama atau kedua dalam tinjauan pendapat sebagai calon perdana menteri.

Sebagai pembangkang, Pheu Thai mendahului pesaing dalam tinjauan pendapat Suan Dusit yang dikeluarkan pada Sabtu.

Tinjauan pendapat juga menunjukkan parti pembangkang memberi saingan hebat kepada penyandang Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha, yang mula-mula berkuasa dalam rampasan kuasa pada 2014, menggulingkan kerajaan yang dipilih dan dipimpin oleh ibu saudara Paetongtarn, Yingluck Shinawatra. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan