27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 26, 2023

Ronaldo atlet dengan pendapatan tertinggi di dunia

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BINTANG Portugal, Cristiano Ronaldo dinamakan sebagai atlet yang menerima bayaran tertinggi di dunia dengan pendapatan tahunan sebanyak RM606.2 juta.

Menurut Forbes, faktor itu didorong oleh perpindahan penyerang tersebut ke kelab berpangkalan di Arab Saudi, Al-Nassar yang melibatkan kontrak RM974.4 juta setahun pada Januari lalu.

Perpindahan mega itu turut menyaksikan Ronaldo kembali ke tangga teratas dalam senarai Forbes sejak 2017 untuk kali ketiga dengan jumlah pendapatan tertinggi dalam sejarah pemain bola sepak.

Pesaing tradisi Ronaldo, Lionel Messi yang berada di tangga teratas tahun lalu turun ke kedudukan kedua.

Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu meraih pendapatan RM579 juta setahun, jumlah yang sama direkodkan pada 2022.

Sementara itu, seorang lagi bintang PSG, Kylian Mbappe berada di kedudukan ketiga dengan pendapatan sebanyak RM534 juta sepanjang 12 bulan lalu.

Mbappe muncul atlet termuda di bawah usia 30 tahun yang berada dalam senarai 10 penerima bayaran tertinggi dengan gaji tahunan RM350.8 juta setahun.

Turut berada dalam senarai di kedudukan keempat adalah ikon bola keranjang, LeBron James dengan pendapatan RM528.9 juta setahun diikuti peninju, Canelo Alvarez (RM490 juta).

Pemain golf, Dustin Johnson di tempat keenam dengan RM478.8 juta, Phil Mickelson ketujuh (RM473 juta), pemain bola keranjang, Stephen Curry (RM451 juta), Roger Federer (RM423 juta) dan Kevin Durant (RM401 juta). – Edisi 9

Terkini

McDonald’s Malaysia tawar pengajian diploma kepada alumni program perantis

McDonald's Malaysia buat julung kalinya menawarkan program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM Tahap 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM...

Lagi Artikel Berkaitan