26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Polis tahan 2 lelaki pembuli jalanan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan dua lelaki dipercayai terbabit dalam aksi buli jalanan membabitkan sebuah kereta yang menghalang pergerakan kenderaan lain di Port Dickson, Negeri Sembilan, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata penahanan itu berikutan satu klip video berdurasi sembilan saat yang dikesan dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook.

Katanya, rakaman video itu memaparkan aksi buli jalanan membabitkan sebuah kereta yang menghalang pergerakan kenderaan lain.

“Susulan itu, polis Port Dickson melaksanakan tangkapan terhadap dua lelaki bersabit siasatan mengikut Seksyen 506 dan 279 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, kertas siasatan juga dibuka bawah kesalahan trafik iaitu Seksyen 336 Kanun Keseksaan, Seksyen 26, 42, 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah 50 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959.

“Kertas siasatan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan arahan tuduh ke atas suspek seorang lelaki diperoleh bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu dengan gopoh di jalan awam dan Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tidak memiliki lesen memandu yang sah,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan