25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Tarikh pilihan raya 3 DUN bubar dibincang serentak – SPR

Surat pemakluman berkenaan diterima daripada Speaker DUN negeri berkenaan, iaitu bagi Pahang dan Perlis yang bertarikh 14 Oktober 2022 serta Perak bertarikh 17 Oktober 2022.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) sudah menerima surat pemakluman berhubung pembubaran tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14, iaitu bagi Pahang, Perlis dan Perak.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata surat pemakluman berkenaan diterima daripada Speaker DUN negeri berkenaan, iaitu bagi Pahang dan Perlis yang bertarikh 14 Oktober 2022 serta Perak bertarikh 17 Oktober 2022.

“Justeru, penetapan tarikh penting pilihan raya bagi ketiga-tiga negeri ini akan dibincangkan serentak dalam Mesyuarat Khas SPR yang akan diadakan pada 20 Oktober ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, Perak adalah negeri terakhir yang memutuskan untuk membubarkan DUN, hari ini, selepas Pahang dan Perlis, sekali gus akan mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Advertisements

Enam lagi negeri memutuskan untuk tidak membubarkan DUN, termasuk tiga negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Tiga lagi negeri adalah di bawah pentadbiran PAS iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Antara sebab utama kesemua negeri tidak membubarkan DUN berkenaan ialah untuk menumpukan kepada persiapan menghadapi musim tengkujuh.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan