30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pusat Kardiologi Hospital Serdang bantu masalah ‘parking’

Pusat Kardiologi Hospital Serdang dilengkapi dengan blok letak kereta sembilan tingkat dengan 554 petak parkir.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin berharap kemudahan blok letak kereta di Pusat Kardiologi Hospital Serdang bakal membantu mengatasi masalah kesukaran meletakkan kenderaan di hospital berkenaan.

Khairy berkata, Pusat Kardiologi Hospital Serdang dilengkapi dengan blok letak kereta sembilan tingkat dengan 554 petak parkir.

“Saya tahu isu parking sangat kritikal di Hospital Serdang. Blok ini dapat membantu. Tapi masih tidak cukup.

“Saya telah minta penambahan kemudahan parking disediakan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial Instagram hari ini.

March lalu, Khairy memberi jaminan akan menyelesaikan masalah tempat letak kereta yang semakin meruncing di Hospital Serdang.

Advertisements

Beliau akan berbincang dengan pihak berkenaan terlebih dahulu sebelum untuk mencari jalan penyelesaian mengenai masalah itu.

Isu tempat letak kereta di Hospital Serdang, berlaku sejak beberapa tahun lalu.

Dalam pada itu, Pusat Kardiologi pertama negara iaitu Pusat Kardiologi, Hospital Serdang, bakal beroperasi pada 12 Disember ini.

Khairy berkata Pusat Kardiologi itu sekaligus menjadi yang pertama dan terbesar seumpamanya di asia tenggara.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan