24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Khairy sah dilantik lembaga pengarah JDT, penasihat belia Johor

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin secara rasmi dilantik sebagai Penasihat Belia Johor serta salah seorang anggota Lembaga Pengarah kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara itu diumumkan oleh Tunku Mahkota Johor yang juga pemilik kelab JDT FC, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini.

Tunku Ismail berkata, pengalaman luas dalam pelbagai bidang yang dimiliki Khairy akan memberi nilai tambah kepada pembangunan belia dan kemajuan bola sepak negeri Johor.

“Pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang di negara ini akan memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia & kemajuan bola sepak Johor,

“Saya telah bertemu Khairy Jamaluddin dan bersetuju untuk melantik beliau sebagai Penasihat Belia Johor dan sebahagian Lembaga Pengarah JDT,” kata beliau menerusi media sosial rasminya hari ini.

Tunku Ismail sebelum ini memberi bayangan untuk melantik bekas Menteri Kesihatan itu untuk menduduki kedua-dua jawatan tersebut sejurus dipecat sebagai ahli UMNO.

Advertisements

Khairy, 47, juga hilang jawatan dalam Kabinet selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 pada November lalu ketika bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu menjadi Ahli Parlimen Rembau sejak tahun 2008 sebelum kerusi itu diserahkan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pada PRU lalu.

Sepanjang tempoh tersebut beliau memegang beberapa portfolio dalam Kabinet termasuk Menteri Belia dan Sukan serta Menteri Sains, Tekonologi dan Inovasi selain terakhir sebagai Menteri Kesihatan.

Sementara itu, Khairy yang memulakan tugasnya sebagai penyampai HotFM hari ini menghargai kepercayaan yang diberikan oleh Tunku Ismail dan JDT kepada beliau untuk menganggotai kelab tersebut.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan