32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Tunku Ismail ‘lamar’ Khairy untuk JDT

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BELUM pun 24 jam dipecat daripada UMNO, bekas ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin telah pun mendapat tawaran daripada pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’azim (JDT).

Ia susulan hantaran terbaharu Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi media sosial yang memberi gambaran mahu melamar Khairy sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab tersebut.

“CEO JDT dan Penasihat Belia Negeri Johor pada masa akan datang,” kata Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Tawaran TMJ itu menjadi satu-satunya tawaran bukan daripada parti politik di negara ini yang mahu menerima bakat kepimpinan Khairy dalam menerajui sesebuah organisasi.

Malam tadi, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memecat Khairy.

Bekas Menteri Kesihatan itu mempunyai pengalaman dalam bidang bola sepak apabila pernah dilantik sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 2007.

Baca juga:   Kalah di PRK DUN Slim, Dr. Mahathir ‘semakin melalut’

Khairy juga adalah bekas Menteri Belia dan Sukan dari 2013-2018 di mana beliau mengilhamkan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) bagi melahirkan pemain muda berbakat yang boleh dipasarkan ke luar negara.

Malahan Khairy pernah menerajui kelab bola sepaknya sendiri UPB-MyTeam yang menyertai Liga Malaysia pada tahun 2006 sehingga 2009.

Sebelum ini beberapa parti politik termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Perikatan Nasional (PN) menawarkan tempat buat Khairy untuk menyambung karier politiknya selepas dipecat daripada UMNO kelmarin.

Baca juga:   Syarikat swasta dilarang taja penjawat awam lawatan ke luar negara

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya mengalu-alukan penyertaan Khairy sekiranya beliau berhasrat menyertai mana-mana parti komponen PN.

Sementara itu Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli pula berkata, pihaknya akan mempertimbang sekiranya Khairy berhasrat untuk bersama parti itu, namun perlu dibincang di peringkat parti.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Timbalan Menteri Pendidikan ditegur Speaker, gagal menjawab soalan

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying ditegur di Dewan Rakyat, hari ini kerana tidak menyediakan jawapan terhadap soalan yang...

Lagi Artikel Berkaitan