30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Dakwaan kartel dalam KPM: Radzi arah KSU KPM lapor SPRM

Saya juga berharap Saudara Zaharin dapat menyampaikan maklumat yang diterima beliau kepada SPRM.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Pendidikan Datuk Dr. Radzi Jidin mengarahkan Ketua Setiausaha kementerian itu untuk membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat dakwaan bekas ahli UMNO, Datuk Zaharin Yassin.

Zaharin dalam satu hantaran video berdurasi dua minit 45 saat mendakwa berlaku penyelewengan dalam kontrak bekalan makanan serta pembersihan bangunan serta menyamakan situasi tersebut seperti wujudkan kartel dalam KPM.

Radzi berkata, memandangkan Zaharin mendakwa menerima aduan berhubung perkara itu dan menyebut nama beliau, Radzi berharap siasatan dijalankan segera.

“Saya menerima hantaran video yang dibuat oleh Saudara Zaharin Yassin menyatakan bahawa terdapat aduan yang beliau terima tentang penyelewengan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan Surat Setuju Terima (SST) untuk kontrak bekalan makanan bermasak serta kebersihan bangunan dan kawasan.

‘’Memandangkan nama saya dan KSU KPM turut disentuh, saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha KPM untuk membuat laporan segera kepada SPRM supaya siasatan terhadap dakwaan tersebut dilaksanakan secepat mungkin.

“Saya juga berharap Saudara Zaharin dapat menyampaikan maklumat yang diterima beliau kepada SPRM,’’ katanya dalam Facebook hari ini.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan