Thursday, June 4, 2026

Keputusan Lembaga Tatatertib berhubung isu guru Mohd Fadli esok

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEPUTUSAN Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan yang bersidang hari ini berhubung isu guru Matematik Mohd Fadli Mohamed Salleh akan diumumkan esok.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, keputusan akan diumumkan kepada Mohd Fadli melalui ketua jabatan guru Matematik itu sendiri.

“Saya baru dimaklumkan bahawa mesyuarat Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan baru tamat sebentar tadi di mana dokumen keputusannya akan diuruskan pihak urusetia lembaga itu.

“Pihak urusetia di lembaga berkenaan akan sampaikan keputusan mesyuarat kepada ketua jabatan Mohd. Fadli.

“Insya-Allah, esok beliau (Mohd. Fadli) akan menerima keputusan itu,” katanya yang ditemui selepas menghadiri sesi pengenalan bersama jurulatih ternama dunia, Mr. Peter Walters ‘Mr Touch’ dari Auckland, New Zealand di Sekolah Rendah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1), hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali memaklumkan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan dijadualkan bersidang hari ini selepas setelah menerima surat representasi yang dikemukakan Mohd. Fadli pada Jumaat lalu.

Surat yang diterima Mohd. Fadli tidak membawa maksud hukuman sudah dijatuhkan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan.

Mengulas isu yang dibangkitkan oleh Mohd Fadli, Radzi berkata, perkara yang diutarakan guru Matematik itu telah diambil tindakan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Beliau berkata, sebagai contoh isu beg berat yang menyaksikan KPM pada 6 Mac lepas telah memperkenal tujuh inisiatif bagi menangani perkara itu antaranya penyusunan jadual waktu dan pemasangan lokar.

Radzi juga berkata silibus ketika ini adalah yang diperkenal pada 2017.

“Saya telah jelaskan banyak kali yang KPM terbuka dan ambil pandangan semua pihak berhubung isu silibus ini, kita sentiasa semak silibus ini,” katanya.

Tambahnya, KPM sentiasa terbuka dan ambil pandangan semua pihak berhubung isu silibus. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan