26.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 12, 2024

Kerajaan Negeri Johor mohon bina parkir bertingkat di HSA

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Negeri Johor akan terus memohon kepada Kerajaan Persekutuan agar tempat letak kenderaan bertingkat dapat dilaksanakan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ini kerana isu kesukaran mendapatkan tempat letak kerata telah menyebabkan banyak pelawat dan pesakit terpaksa meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan utama.

“Dengan keadaan itu, ia telah mengakibatkan keadaan lalulintas di kawasan HSA menjadi sesak.

Advertisements

“Selain daripada isu HSA yang sudah mencapai had kapasiti dalam menampung jumlah pesakit, isu pelawat atau pesakit sukar mendapatkan tempat letak kenderaan turut menjadi perhatian,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Oleh demikian, Onn Hafiz berkata, beliau telah berbincang dan mendapat persetujuan pihak pemaju untuk membuka ruang dan menyediakan tempat letak kenderaan di kawasan lapang berhadapan dengan HSA dan berdekatan dengan jejantas.

“Semoga usaha ini diberkati Allah SWT dan membuahkan hasil demi kesejahteraan Bangsa Johor. Insya-Allah,” ujar beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sijil halal: DPIM sokong tapi laksanakan secara berperingkat

DEWAN Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) menyambut baik cadangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang...

Lagi Artikel Berkaitan