27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, September 25, 2023

Ribut: Peruntukan segera diberi isi rumah kediaman terjejas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM3,000 akan diberikan bagi setiap isi rumah terjejas susulan kejadian ribut yang melanda Kampung Melayu Majidee semalam.

Onn Hafiz berkata, peruntukan segera bagi setiap isi rumah terjejas akan diberi melalui Majlis Agama Islam Negeri Johor (RM1,000); Yayasan Bandaraya Johor Bahru (RM1,000) dan Pejabat Menteri Besar Johor (RM1,000).

“Saya berkesempatan turun ke kawasan berkenaan bagi menziarah dan mendengar rintihan mangsa yang terlibat serta melihat tahap kerosakan.

“Sebanyak 176 buah kediaman di Kampung Melayu Majidee terjejas akibat kejadian ribut pada petang semalam.

“Justeru, kerajaan negeri bersetuju untuk meluluskan peruntukan segera yang akan diberikan kepada setiap isi rumah terbabit,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Dalam pada itu, Onn Hafiz turut menzahirkan penghargaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor merangkap ADUN Larkin Mohd Hairi Mad Shah; dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato Mohd Jafni Md Shukor kerana turut bersama turun padang melihat nasib mangsa terjejas.

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada Pegawai Daerah Johor Bahru, Muzaldin Mohamed; Ahli Lembaga Yayasan Bandaraya Johor Bahru, Datuk Yahya Jaafar; serta agensi terlibat.

“Khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); Polis Diraja Malaysia (PDRM); Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA); Penghulu dan Ketua-ketua Kampung yang bersengkang mata memastikan kebajikan mangsa terpelihara dalam tempoh yang sukar ini,”katanya.

Semalam, lebih 50 kediaman di Kampung Melayu Majidee terjejas akibat ribut.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Johor Bahru dalam satu kenyataan memaklumkan tiga kereta rosak kerana dihempap pokok akibat ribut pada jam 2.48 petang.- Edisi 9

Terkini

McDonald’s Malaysia tawar pengajian diploma kepada alumni program perantis

McDonald's Malaysia buat julung kalinya menawarkan program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM Tahap 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM...

Lagi Artikel Berkaitan