25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 1, 2023

Jangan keluar kenyataan ganggu gugat kerajaan Johor – MB

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi memberi amaran kepada semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu gugat pentadbiran kerajaan negeri itu.

Onn Hafiz berkata, Johor masih lagi sebuah kerajaan yang stabil, di bawah naungan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Insya-Allah. Negeri Johor masih lagi sebuah kerajaan yang stabil di bawah naungan Kebawah DYMM Tuanku Sultan Johor.

“Saya mohon kembali supaya tidak ada pihak yang mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu gugat pentadbiran Negeri Johor,” katanya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse yang memohon agar kerajaan negeri membenarkan wakil rakyat parti itu terlibat sebagai ahli Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD).

Puah seperti dilapor media berkata, ia bertujuan menyelaraskan gerak kerja pentadbiran memandangkan gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) sudah menjadi rakan sekutu di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Baca juga:   Bersihkan udara dalam rumah untuk kehidupan lebih sihat

Pada 28 November tahun lepas, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor telah menolak rundingan mengenai cadangan penglibatan wakil rakyat pembangkang sebagai ahli JTPD.

Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, kerajaan negeri telah mendapatkan penjelasan Kerajaan Persekutuan, dan berdasarkan maklum balas daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam JTPD adalah merujuk kepada ADUN di pihak kerajaan.

Baca juga:   Bersihkan udara dalam rumah untuk kehidupan lebih sihat

Bagaimanapun, Hasni dipetik sebagai berkata, atas semangat sebagai rakan strategik, kerajaan negeri berbesar hati menjemput semua ADUN PH dalam mesyuarat JTPD sebagai pemerhati, yang membawa maksud bahawa mereka akan dijemput hadir pada setiap kali mesyuarat JTPD. – BERNAMA

Wartawan

Terkini

UMNO pecat Tun Faisal berkuat kuasa serta-merta

BEKAS Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta. Beliau yang juga bekas...

Lagi Artikel Berkaitan