26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

6 lelaki warga asing ditahan, ubah tangki minyak bot

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ENAM lelaki warga Thailand dan Kemboja bersama sebuah bot pukat tunda Kelas C ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah selepas dipercayai melakukan pengubahsuaian tangki minyak bot secara tidak sah.

Kesemua mereka ditahan ketika serbuan dijalankan pihak penguatkuasa di kedudukan 1.5 batu nautika barat daya Kuala Kedah pada jam 5.30 petang semalam.

Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Kuala Kedah, Leftenan Maritim Zool Hilmi bin Mohd Nadzir berkata, bot nelayan tempatan terbabit ditahan ketika sedang bergerak dalam keadaan mencurigakan semasa dihampiri oleh bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan Op Aman di sekitar perairan Kuala Kedah.

“Ketika pemeriksaan dilakukan ke atas bot berkenaan, terdapat satu ruang asing telah ditambah di atas rumah bot dan ditutupi kayu yang dilakukan bagi mengaburi pihak berkuasa daripada menghidu aktiviti mereka.

“Anggota penguat kuasa kemudian bertindak memeriksa ruang tersebut dan menemukan sebuah tangki tambahan jenis fiber yang telah diubahsuai dan mengandungi minyak diesel dengan anggaran 700 liter,” katanya di sini.

Advertisements

Kata beliau, Maritim Malaysia mengesyaki bot terbabit terlibat dalam aktiviti penyeludupan minyak disekitar perairan Kuala Kedah.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua mereka memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan kesemua mereka berumur dalam lingkungan 30 hingga 61 tahun itu ditahan bersama bot serta dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk siasatan lanjut.

“Nilai anggaran minyak diesel yang cuba diseludup adalah bernilai RM1505.

“Sehubungan dengan itu, jes disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Kawalan Bekalan 1961,”katanya.

Ujar beliau, pengusaha bot nelayan tempatan diingatkan supaya terus mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan yang telah diperuntukan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan