26.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

CUEPACS gesa kekal 4 inisiatif dijanji kerajaan terdahulu

Inisiatif tersebut termasuk Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Khas sebanyak RM100 bermula Januari tahun depan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN digesa mengekalkan empat inisiatif yang dijanjikan pentadbiran terdahulu kepada penjawat awam, termasuk Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Khas RM100 mulai Januari tahun depan.

Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat berkata empat inisiatif berkenaan dijanjikan melalui Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Bajet 2023 pada 7 November.

Selain KGT Khas, beliau berkata, tiga lagi inisiatif terbabit ialah Bantuan Khas Kewangan RM700 juga bermula Januari tahun depan, Bantuan Khas Kewangan untuk Pesara (RM350) dan Bantuan Khas Aidilfitri RM600 mulai Mac 2023.

“Inisiatif berkenaan adalah antara yang dijanjikan kerajaan (ketika itu) selaku majikan kepada penjawat awam, dan tidak wajar ditarik semula hanya kerana berlaku perubahan kerajaan.

“Tidak mahu tidak, ia mesti dilaksanakan mengikut tarikh yang sudah diumumkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   Gred baharu beri peluang kenaikan pangkat pegawai rendah polis

Adnan berkata, CUEPACS tidak mahu berulangnya kejadian sama pada 2018 apabila inisiatif dijanjikan kerajaan sebelum itu tidak ditunaikan selepas berlaku peralihan teraju pemerintahan negara susulan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau berkata, antara inisiatif terbabit yang hanya tinggal harapan ialah kenaikan gaji bersamaan satu KGT secara khas kepada semua penjawat awam yang dijanjikan berkuat kuasa 1 Julai 2018.

“Inisiatif lain yang turut tidak ditunaikan ialah pemendekan kenaikan pangkat secara ‘time-based’ kali kedua dikurangkan daripada 13 kepada 10 tahun dijanjikan berkuat kuasa 1 Januari 2018.

Baca juga:   Isu gaji rendah, laluan kerjaya belenggu pekerja Malaysia

“Begitu juga dengan penambahan Gred DG56 bagi guru Kementerian Pelajaran (KPM).

“Perkara itu tidak wajar berlaku kerana selaku majikan, kerajaan tidak boleh menarik semula inisiatif berkenaan setelah segala pengorbanan dilakukan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab sebagai jentera pentadbiran negara.

“Justeru, CUEPACS berharap pertimbangan dan kebijaksanaan Perdana Menteri untuk terus mengekalkan segala kemudahan yang diumumkan kerajaan sebelum ini.

“Pada masa sama, CUEPACS yakin semua Ahli Parlimen akan memberi sokongan kepada Perdana Menteri ketika sesi pembentangan belanjawan mini, 19 Disember ini,”katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan