31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Nak kecilkan Kabinet tetapi kenapa perlu dua TPM?

Mastura turut mencadangkan Anwar melantik Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Timbalan Perdana Menteri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya melantik sehingga dua jawatan Timbalan Perdana Menteri sedangkan beliau berhasrat untuk mengecilkan jumlah Kabinetnya.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Yazid berkata, Anwar sepatutnya hanya melantik seorang wakil dari Barisan Nasional (BN) untuk mengisi jawatan tersebut.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar Ahli Parlimen Rembau yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik mengisi jawatan tersebut.

“Perdana Menteri kata nak kecilkan Kabinet. Dah tu.. kenapa ada dua TPM (Timbalan Perdana Menteri)?

“Satu sudah cukup dari BN (Barisan Nasional)/UMNO. Sementara itu, tolong lantik Timbalan Presiden UMNO sebab Presiden UMNO tidak selesai lagi kes mahkamah,” katanya semalam.

Beliau mengulas kenyataan Anwar yang memberi bayangan bahawa jawatan Timbalan Perdana Menteri akan diberikan kepada BN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Mastura yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) digugurkan sebagai calon BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Tempat beliau digantikan dengan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Maslin Sham Razman tetapi tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN).

Anwar yang dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong mengetuai Kerajaan Perpaduan iaitu kerjasama parti-parti gabungan terbesar iaitu Pakatan Harapan (PH), BN dan GPS. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan