32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Anwar dicadang lantik Samsuri, Jeyakumar dalam Kabinet

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicadang melantik Ahli Parlimen Kemaman yang baharu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam barisan jemaah menteri sekiranya rombakan Kabinet dilakukan dalam masa terdekat.

Bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim berkata, selain Ahmad Samsuri, turut dicadangkan ialah bekas Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D. Jeyakumar dari Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Beliau berkata, Menteri Besar Terengganu itu akan mewakili teknokrat yang bakal menambah kekuatan dan kedalaman kepakaran dalam Kabinet Anwar.

“Mesej yang anda sampaikan (pelantikan Ahmad Samsuri) ialah anda benar-benar mahukan kerajaan bersatu yang juga cekap. Pas akan membalas jasa anda.

“Dr Jeyakumar akan mewakili kelas pekerja dan mereka yang mengalami kemiskinan. Dia akan membawa peningkatan yang luar biasa kepada kelayakan anda sebagai pemimpin yang mengambil berat tentang orang miskin,” katanya menerusi platform X hari ini.

ZAID IBRAHIM

Beliau mengulas desas-desus berhubung rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri yang dikhabarkan dalam masa terdekat sebelum tahun 2023 berakhir.

Advertisements

Zaid berkata, jika benar khabar tersebut beliau menganggap ia tepat pada masanya dan Anwar perlu melakukannya dengan berani dan bermakna.

Beliau berkata, pelbagai masalah dan cabaran yang dihadapi setiap hari memerlukan Anwar membuat keputusan yang sukar.

“Tetapi tidak dapat lari dari hakikat bahawa negara hanya boleh maju jika kita meninggalkan politik mazhab yang sempit dan memilih pemimpin yang bijak, prihatin, dan sanggup mengorbankan kepentingan peribadi demi negara,” katanya.

Memetik kenyataan kolumnis dari Singapura baru-baru ini, Zaid berkata, Anwar boleh mengekalkan sokongan asas politik dan pada masa yang sama melakukan pembaharuan struktur.

“Anda boleh melakukan kedua-duanya. Anda sudah mempunyai lebih daripada dua pertiga. Buat sahaja.

“Mari kita mulakan tahun baharu dengan Kabinet baharu yang boleh memberi kita harapan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan