34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik – Radzi

Beliau percaya telah melakukan yang terbaik sepanjang dua tahun setengah di Kementerian Pendidikan (KPM).

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“HIDUP ini mudah, sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik,”itu pesan bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin kepada seluruh warga pendidikan.

Dalam hantaran di Facebook beliau, Radzi yang merujuk diri beliau sebagai pak cik memulakan catatan itu dengan memaklumkan kepada warga pendidikan bahawa mereka tidak mungkin berjumpa sekerap dahulu.

Kata Ahli Parlimen Putrajaya itu, beliau percaya telah melakukan yang terbaik sepanjang dua tahun setengah di Kementerian Pendidikan (KPM).

“Kepada anak-anak pak cik di IPG, Kolej Matrikulasi, Kolej Vokasional dan semua sekolah di seluruh Malaysia, kita mungkin tak jumpa lagi sekerap dahulu.

“Percayalah, pak cik telah buat yang terbaik sepanjang dua tahun setengah di Kementerian Pendidikan. Pak cik curahkan segala keringat dengan penuh kejujuran dan keikhlasan bagi membina masa depan yang lebih gemilang untuk kalian,”katanya.

Dalam masa sama, Radzi turut meminta warga pendidikan mengingati pesan beliau agar sentiasa berbuat baik dan buatlah yang terbaik.

“Perkara paling penting ialah tiada apa yang dapat mengalahkan kerja keras.

“Selalulah ingat pesan pak cik,“hidup ini mudah, sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik.

“Paling penting, Nothing Beats Hard Work! Pak cik sayang korang semua!,”katanya.

Perikatan Nasional (PN) gagal membentuk kerajaan persekutuan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) baru-baru ini. – Edisi 9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan