24.8 C
Kuala Lumpur
Friday, February 3, 2023

Insafi, perjuangan diteruskan – Muhyiddin

Kita bina Malaysia yang lebih baik dengan setiap kudrat yang ada, dalam apa jua kapasiti kita sekalipun.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“SAYA insafi, perjuangan ini bukan milik saya. Perjuangan ini milik kita bersama, rakyat Malaysia,” itu luahan rasa Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap perjalanan beliau sebagai seorang pemimpin politik.

Kata beliau, sebak rasa hati ini mengenangkan sokongan rakyat di atas jalan perjuangan ini.

“Saya juga insan biasa, yang punya rasa sedih dan kecewa. Insan kerdil yang juga punya air mata.

“Di saat memeluk isteri saya ini saya bukan sahaja merasa tenangnya hati, lapangnya dada, redha takdir Illahi.

“Terngiang-ngiang laungan sokongan daripada anda semua ketika berkempen, dan komen-komen sokongan saudara saudari rakyat yang saya kasihi di media sosial,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau di sini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu mengetahui beliau bukannya bersendirian dalam terus memperjuangkan prinsip.

Baca juga:   Tan Sri Harussani Zakaria meninggal dunia akibat COVID-19

“Saya tahu. Saya bukan sendiri. Bersama dengan saya adanya saudara saudari yang kekal berdiri. Memapah saya agar terus berjalan dan berlari di landasan perjuangan ini,”katanya.

Beliau berkata, perjuangan murni yang didasari tekad menyelamatkan negara.

“Perjuangan demi kedaulatan agama, bangsa dan negara kita.

“Usah kita bersedih hati. Sudah tentu jalan ini jalan yang sukar. Jalan ini jalan yang panjang.

“Kita tidak akan berhenti dari terus berjalan dek kerana ujian yang melanda.

“Ingat lah bahawa obor perjuangan tetap terus menyala. Kuatkan semangat dan tabahkan hati.

Baca juga:   Seri Perdana rosak teruk, perlu dibaik pulih segera - Muhyiddin

“Jika kita sabar, dan berpegang teguh kepada amanah bangsa dan ikhlas dalam berjuang, insya-Allah akan sentiasa ada sinar di hujung jalan.

“Pujuklah hati, bahawa esok hari masih ada. Kita bina Malaysia yang lebih baik dengan setiap kudrat yang ada, dalam apa jua kapasiti kita sekalipun. Ingatlah, Malaysia itu milik kita semua bersama.

“Moga saudara saudari, sentiasa berada di dalam lindungan Allah swt dan semoga perjuangan kita semua diredhai Yang Maha Esa,”katanya.

Perikatan Nasional (PN) gagal membentuk kerajaan persekutuan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) baru-baru ini.- Edisi 9

Wartawan

Terkini

Cerun runtuh: Jalan depan Balai Polis Senawang ditutup sementara

JALAN Persiaran Senawang 3 (N035) berhadapan Balai Polis Senawang, ditutup sementara kepada semua jenis kenderaan akibat cerun runtuh di...

Lagi Artikel Berkaitan