32.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Sebar audio palsu berniat jahat, jijik – Syed Fahmi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SETIAUSAHA Politik kepada Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohamad menafikan rakaman audio yang tular adalah suaranya.

Tegas beliau, penyebaran audio palsu itu yang dikaitkan dengannya dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sarif merupakan satu percaturan politik yang jahat dan menjijikkan.

Sehubungan itu, beliau telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam bagi membuktikan bahawa rakaman tersebut dalah satu fitnah jahat.

“Saya berharap siasatan dapat dilakukan bagi mengenalpasti dalang yang bertanggungjawab di sebalik perbuatan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Syed Fazmi juga menyifatkan penyebaran audio tersebut adalah usaha berterusan pihak-pihak tertentu untuk memusnahkan reputasi beliau sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Kesembilan.

Katanya, ia juga adalah konspirasi jahat dan terancang untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebelum ini, tular menerusi media sosial satu audio perbualan yang didakwa antara Syed Fahmi dan Mohd Salim yang antara kandungannya dikatakan mahu membunuh kredibiliti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Malah audio itu juga turut dikongsi di laman Facebook rasmi Najib yang iini sedang menjalani hukuman penjara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

TLDM tubuh lembaga siasatan tragedi nahas dua helikopter

TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian maut melibatkan dua buah helikopter...

Lagi Artikel Berkaitan