23.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 1, 2022

Saiz Kabinet akan dikecilkan – Anwar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, saiz Kabinet lebih kecil akan dibentuk menerusi Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya.

Katanya, perbincangan mengenai perkara itu, sedang diadakan bersama parti-parti yang membentuk kerajaan bagi mengecilkan saiz Kabinet.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) juga menegaskan akan mengurangkan gaji anggota Kabinet kelak.

Itu antara intipati penting yang diutarakan beliau di Pejabat Perdana Menteri tengahari tadi.

Selain itu, katanya, kerajaan yang dikemudinya hari ini meletakkan keutamaan untuk menangani isu kos sara hidup.

“Saya akan mengadakan pertemuan dengan jabatan serta agensi berkaitan selewat-lewatnya pada hari Isnin ini.

“Keutamaan saya sekarang ialah kos sara hidup walaupun ada yang positif, umpamanya kekuatan ringgit dan soal bursa saham yang lebih positif sekali gus menunjukkan keyakinan terhadap pentadbiran sekarang.

“Namun, saya masih berasa keutamaan harus diberikan terhadap kos sara hidup dan harga barangan yang mencengkam dan menekan kehidupan rakyat,” katanya dalam sidang media di Putrajaya di sini.

Baca juga:   Anwar perlu fokus isu ekonomi, rakyat bukan hal populis

Dalam pada itu, Anwar juga turut mengumumkan bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah secara rasmi akan menyertai Kerajaan Perpaduan pimpinan beliau.

“Ini menjadikan jumlah dukungan pemerintahan kepada 2/3 Parlimen,”katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Klip video amaran rusuhan 13 Mei kandungan berbayar – MCMC

TIGA klip video berhubung amaran rusuhan 13 Mei yang dimuatkan di dalam aplikasi TikTok merupakan kandungan berbayar, kata Suruhanjaya...

Lagi Artikel Berkaitan