24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PN jadi ‘semak & imbang’ kepada Kerajaan Perpaduan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) tidak akan menyertai Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebaliknya akan memainkan peranan sebagai semak dan imbang dalam Parlimen.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu akan terus membawa suara rakyat selaras dengan prinsip demokrasi Berparlimen yang diamalkan negara ini.

“Bergerak ke hadapan, PN akan meneruskan perjuangan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara berpandukan prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Muhyiddin turut merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10 semalam.

Advertisements

Anwar, 75, dipilih sebagai perdana menteri Malaysia ke-10 oleh Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas lima hari kebuntuan politik berhubung Parlimen yang tergantung susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November.

Dalam sidang media pertama selepas mengangkat sumpah jawatan, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu memperoleh semua parti-parti politik termasuk PN untuk menyertai Kerajaan Perpaduan.

Pada masa kini kerajaan yang diketuainya itu dikatakan dianggotai oleh ahli-ahli Parlimen PH, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak (GPS) selain Warisan dan Bebas serta terbaharu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) – Edisi 9


Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan