Thursday, July 23, 2026

Jangan timbulkan polemik ganggu-gugat Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMUA pihak diminta untuk tidak menimbulkan apa-apa polemik yang boleh menganggu-gugat matlamat murni pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, KPM dalam kenyataan semalam menjelaskan pelaksanaan modul berkenaan bertujuan untuk menerapkan semangat ihsan, kasih sayang dan memperkasakan pemahaman agama dalam kalangan guru dan murid beragama Islam.

​”Pada masa sama, kenyataan KPM jelas menyatakan program ini disasarkan kepada guru dan murid beragama Islam sahaja,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau berkata, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memberikan sokongan penuh kepada pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi oleh KPM.

“Justeru, semua pihak adalah diseru untuk memberikan penumpuan membangunkan negara khususnya pembangunan modal insan generasi madani seperti yang dihasratkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan