27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

12 projek Malaysia menang Anugerah Tenaga ASEAN

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 12 projek dari Malaysia telah memenangi Anugerah Tenaga ASEAN (AEA) atau ASEAN Energy Awards 202 sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN Ke-41 (AMEM) di Bali, Indonesia yang berakhir semalam.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, AEA melibatkan tiga kategori seperti Anugerah Amalan Terbaik Kecekapan dan Konservasi Tenaga, Anugerah Projek Tenaga Boleh Baharu dan Anugerah Teknologi Arang Batu Bersih.

Katanya, Malaysia telah mengemukakan 23 penyertaan yang terdiri daripada projek-projek yang memenangi Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA) lalu.

“Kemenangan wakil Malaysia dalam AEA tahun ini diharap akan menjadi perangsang kepada pemain industri lain untuk meneruskan usaha penerapan amalan tenaga lestari bagi menyumbang kepada komitmen pengurangan jejak karbon negara.

“Ketika rantau ASEAN sedang menggiatkan usaha ke arah matlamat rendah karbon, kami menyeru supaya lebih banyak industri, syarikat korporat dan individu untuk menerajui usaha berkaitan iklim bagi menggalakkan penerimaan amalan tenaga lestari,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

AMEM ke-41 yang bertemakan ‘Mempercepatkan Ketersambungan Tenaga untuk Mencapai Pertumbuhan Mampan ASEAN’ dilihat penting untuk pembangunan di rantau ini. 

Ia antara lain membincangkan kerjasama berkaitan pertumbuhan perniagaan tenaga di rantau Asia Tenggara bersama-sama dengan Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia, dengan kerjasama Pusat Tenaga ASEAN (ACE).

Sekolah Antarabangsa Tzu Chi menang Anugerah Amalan Terbaik Kecekapan dan Konservasi Tenaga – Bangunan Hijau (Kategori besar) sementara bagi Pengurusan Tenaga bagi Bangunan dan Industri (Kategori Bangunan Kecil dan Sederhana) pula dimenangi Bangunan Lembaga Pelabuhan Johor.

Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz, Jimah East pula dinobatkan juara Penggunaan Teknologi Arang Batu Bersih (Kategori Industri Besar) untuk merangkul Anugerah Teknologi Arang Batu Bersih. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan