31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Kerajaan terus perkasa pengurusan air negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus memperkasa pengurusan air negara melalui Dasar Air Negara yang akan dimuktamadkan selepas sesi libat urus dengan kerajaan negeri dilaksanakan.

“Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Air Negara Ke-5 (MAN 5) sebagai platform penting di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang bertanggungjawab menetapkan dasar, hala tuju dan pendekatan berhubung dengan pengurusan dan pembangunan air negara,”katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Bagi mengurangkan risiko bencana berkaitan dengan kegagalan empangan yang memberi ancaman kepada rakyat Anwar berkata, Pusat Teknikal Empangan dan Infrastruktur Air (PTE) akan diselaraskan dengan menempatkan pegawai-pegawai yang berpengalaman merentas kepakaran untuk melaksanakan pengawasan dan pemeriksaan daripada aspek keselamatan dan teknikal empangan secara berpusat

Menurut Anwar, kerajaan juga mengambil perhatian serius terhadap isu pencemaran air.

Berikutan itu, beliau telah mengarahkan semua jabatan dan agensi di peringkat Persekutuan untuk memantau dan mengambil tindakan sewajarnya dengan kerjasama kerajaan negeri berdasarkan Laporan Status Kualiti Air Sungai Negara.

Advertisements

“Saya singgung akan keperluan kita untuk mengimbangi ketersediaan serta keperluan air negara dengan menguruskan sumber air dengan lebih efektif berdasarkan prinsip tatakelola yang terbaik supaya ia boleh digunakan secara optimum bagi memenuhi keperluan rakyat,”katanya.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu serta para pegawai kementerian dan agensi berkaitan.

Agenda transformasi sektor air yang bermula di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) sehingga RMK-15 akan menjadikan sektor air sebagai pemboleh daya ekonomi serta penjana pertumbuhan yang dinamik menjelang tahun 2040.

Antara lain penyediaan sumber air baharu untuk kegunaan industri bukan makanan adalah salah satu strategi kerajaan sebagai langkah pemulihan dan pemeliharaan sumber air selain peluang mewujudkan sumber pendapatan tambahan syarikat operator air. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan