27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

MCA gesa tangguh pelaksanaan Hadis 40, bincang semula di kabinet

Mesti Baca

BIRO Perhubungan Etnik dan Hal Ehwal Agama MCA menggesa kerajaan menangguhkan terlebih dahulu pelaksanaan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi supaya ia boleh dibincangkan semula di peringkat kabinet.

Ketuanya, Cally Ting Zhao Song berkata, pihaknya berharap kabinet dapat mencapai persetujuan agar modul itu hanya dilaksanakan di sekolah agama dan tidak membabitkan sekolah kerajaan.

“Jika ia dilaksanakan juga di sekolah kerajaan, ia haruslah diajar dalam mata pelajaran agama sahaja dan bukannya dilaksanakan di seluruh sekolah termasuklah dalam Perhimpunan Rasmi Mingguan atau aktiviti kokurikulum.

“Kementerian Pendidikan perlu menetapkan garis panduan kementerian secara rasmi dan menyatakan dengan jelas persetujuan yang dicapai oleh kabinet, merangkumi bentuk dan skop modul terbabit bagi mengelakkan berlakunya penyimpangan dan hal-hal yang tidak jelas,” katanya dalam satu kenyataan.

Program rintis Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi itu akan dilaksanakan di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara.

Terdahulu, ia menimbulkan polemik terutama di kalangan penganut bukan Islam, antaranya Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menyatakan “kebimbangan mendalam” terhadap kemungkinan pelajar bukan Islam perlu mempelajari modul itu juga.

Advertisements

Bagaimanapun, pegawai khas kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Swee Kuan semalam menjelaskan ia akan diajar kepada pelajar Islam sahaja.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekali lagi memberi jaminan dengan berkata ia tidak akan dipaksakan kepada penganut agama lain.

Ting juga menggesa empat menteri bukan Islam daripada DAP untuk menyampaikan kerisauan yang timbul ketika perkara itu dibincangkan di kabinet nanti.

“Kementerian Pendidikan harus mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuk daripada pakar pendidikan, persatuan pendidikan dan wakil ibu bapa sebelum membuat keputusan akhir.

“Malaysia adalah negara dengan pelbagai kaum dan agama, dan semua rakyat perlu hidup bersama dan hormat antara satu sama lain,” katanya.

Katanya, Kementerian Pendidikan diharap akan mengambil kira perasaan semua rakyat sebelum melaksanakan sebarang rancangan atau dasar yang membabitkan unsur kaum dan agama. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan