30.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

PM titip semangat buat warga AmanahRaya

Warga AmanahRaya perlu sentiasa menegak tatakelola yang baik, disamping profesionalisme

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan semangat buat semua warga Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) agar sentiasa menegak tatakelola yang baik, disamping sikap profesionalisme harus dikekalkan dan terus diperkukuh.

Beliau berkata, ianya amat penting agar dapat senantiasa mempertahan legasi ini dalam usaha AmanahRaya menjalankan tanggungjawab menjaga amanah rakyat.

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan hadir pada Majlis Makan Malam Sambutan 100 tahun Amanah Raya Berhad.

Beliau turut mengucapkan tahniah sempena sambutan tersebut.

“Sekalung tahniah atas perjalanan seabad yang hebat ini.

Advertisements

“Saya dimaklumkan bahawa sejumlah 1.64 juta harta pusaka, amanah dan wasiat rakyat Malaysia yang bernilai RM22 bilion telah ditadbir dan dijaga oleh AmanahRaya sebagai Pemegang Amanah yang bakal melaksanakan hasrat ke atas harta pusaka mereka nanti.

“AmanahRaya yang seabad lamanya, sudah melalui anjakan paradigma dan pelbagai episod perubahan untuk menjadi lebih baik dan cekap.

“Perubahan harus tercetus daripada hati nurani untuk melonjak ke tahap yang lebih baik dan cemerlang,” katanya.p

Pada majlis tersebut, Perdana Menteri juga telah merasmikan logo khas sempena 100 tahun penubuhan AmanahRaya.

AmanahRaya merupakan syarikat milik penuh kerajaan bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, Kementerian Kewangan. Syarikat itu ditubuhkan pada 1921 sebagai peneraju industri perancangan pusaka dan pengurusan harta di Malaysia.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sejauh mana kebebasan universiti dimanfaatkan mahasiswa?

Oleh DR ABDUL MUQIT MUHAMAMMAD KEBEBASAN akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat universiti. Tanpa kebebasan akademik, masyarakat universiti tidak akan...

Lagi Artikel Berkaitan