23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 18, 2025

AmanahRaya REIT ke Tumpat bantu mangsa terjejas banjir

Mesti Baca

AmanahRaya Real Estate Investment Trust (AmanahRaya REIT) bersama Amanah Raya Investment Management (ARIM) telah melaksanakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan.

Program yang dijalankan di bawah AmanahRaya Cares, menghulurkan bantuan kritikal kepada komuniti yang terjejas teruk akibat banjir di Tumpat baru-baru ini, memperlihatkan komitmen yang teguh dari ARREIT terhadap kebajikan dan kemampanan masyarakat.

Program bantuan banjir menyampaikan 300 pek kelangsungan hidup yang mengandungi makanan, pakaian, bekalan kebersihan dan barangan keperluan lain kepada 150 isi rumah di wilayah Kelantan yang paling teruk dilanda banjir.

Delegasi AmanahRaya, yang terdiri daripada sukarelawan dari ARREIT, ARIM, dan Amanah Raya Berhad, bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan, termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia untuk memastikan pengagihan bantuan tepat pada masanya dan cekap.
 
Pengarah Urusan AmanahRaya Kenedix REIT Manager Sdn. Bhd. (AKRM) Tunku Rozita Tunku Abdul Malek berkata, pihaknya amat berbesar hati kerana dapat memainkan peranan dalam menyokong komuniti Tumpat pada masa yang mencabar ini.

Wakil AmanahRaya REIT menyerahkan sumbangan kepada Angkatan Petahanan Awam untuk disalur kepada mangsa banjir di Tumpat, Kelantan.

“Sambutan dan kerjasama yang menggalakkan daripadapa sukan, rakan kongsi dan pihak berkuasa tempatan kami menunjukkan kekuatan perpaduan dalam kesusahan.

Advertisements

“Inisiatif ini mengesahkan komitmen AmanahRaya REIT untuk memberi impak yang bermakna dan memberikan sokongan di tempat yang paling diperlukan,” katanya.
 
Beliau menambah, program ini bertujuan untuk menangani keperluan segera dan meletakkan asas untuk pemulihan jangka panjang dan kemampanan di kawasan yang terjejas.

Melalui penglibatan langsung dengan komuniti tempatan, pasukan itu, menyediakan bekalan penting, dan melanjutkan sokongan logistik kepada mangsa banjir.

Kempen ini menonjolkan komitmen AmanahRaya REIT yang lebih luas terhadap objektif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Usaha terkini, termasuk sistem cekap tenaga di hartanahnya dan pengenalan platform pengurusan hartanahARREIT Touch, sejajar dengan misi Amanah untuk memupuk pertumbuhan mampan dan pembangunan komuniti.
 
Kejayaan inisiatif bantuan banjir Kelantan mencerminkan dedikasi AmanahRaya REIT untuk menangani cabaran masyarakat dan menyokong komuniti yang terdedah.

Advertisements

Terkini

Lima beregu negara melangkah bergaya ke separuh akhir

LIMA beregu negara masing-masing dua beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita melangkah bergaya ke separuh akhir...

Lagi Artikel Berkaitan