28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 23, 2025

KPWKM tekad perkasa peranan wanita dalam bidang pendidikan

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus komited dalam memperkasakan peranan wanita Malaysia terutamanya dalam bidang pendidikan.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, menerusi penganjuran program ISM Social Talk yang diadakan sempenan sambutan Hari Wanita Kebangsaan yang disambut pada 25 Ogos yang lalu, pihaknya memperkenalkan nilai K.A.S.I.H iaitu Kasih sayang, Akhlak mulia, Sihat, Ilmu dam Harmoni dalam melahirkan komuniti dan masyarakat yang seimbang secara holistik.

“Menerusi ISM Social Talk Siri 7 yang membawa tema ‘Wanita dan Pembentukan Malaysia Madani’,  saya mengupas topik “Dari Wanita kepada Wanita”.

“Pada program ini juga saya turut menjemput Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek bagi membincangkan topik “Wanita dan Pendidikan, Menerajui Perubahan”.

“Nilai-nilai murni ini dibangunkan dan disuburkan menerusi

peranan yang dimainkan oleh Kementerian Pendidikan sejak dari bangku sekolah menerusi Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) yang menerapkan Modul 5C iaitu Murid Contoh, Murid Cerdas, Murid Cerdik, Murid Cergas dan Murid Ceria,” katanya.

Hadir sama pada program berkenaan ialah, Ketua Setiausaha KPWKM Datuk Dr Maziah Che Yusoff serta pegawai-pegawai kedua-dua Kementerian.

Beliau berkata, ekosistem SUMUR dan KASIH ini adalah satu simbiosis dalam mengangkat Malaysia Madani iaitu penerapan nilai-nilai

murni bagi membentuk minda dan jiwa bangsa Malaysia yang luhur.

“Matlamat SUMUR ini untuk melahirkan murid-murid yang memiliki personaliti terpuji dan boleh dicontohi oleh murid-murid lain, sentiasa memburu ilmu untuk kebahagian dunia dan akhirat serta ketahanan dalam menghadapi cabaran hidup.

“Usaha-usaha ini pula tidak terhenti semasa tamatnya persekolahan dan pengajian, malah disambut pula oleh KPWKM dengan matlamat melahirkan individu, keluarga dan masyarakat yang maju dari segi

Advertisements

pemikiran, kerohanian dan kebendaan serta menyanjung tinggi nilai-nilai kemanusian,” katanya lagi.

Beliau berkata, usaha memperkasakan wanita dalam pendidikan dapat dilihat dalam Indeks Jurang Gender Malaysia (MCGI) iaitu kadar enrolmen kasar wanita diperingkat pendidikan rendah, menengah dan tinggi kekal mendahului lelaki.

“Potensi golongan wanita sangat besar untuk diteroka terutama untuk mengorak langkah bagi merealisasikan konsep Malaysia Madani

sejajar dengan komitmen Kerajaan pada Persidangan Sedunia Keempat Wanita di Beijing pada tahun 1995 seperti yang terkandung dalam Beijing Declaration and Platform for Actions dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030.

“Konsep Karamah Insaniah (human dignity) merupakan satu konsep yang menyatukan antara segmen rukunegara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berteraskan konsep manusiawi iaitu setiap pelajar mempunyai perasaan empati dan kasih-sayang antara satu sama lain.

“Konsep ini adalah satu ikhtiar secara komprehensif dan holistik ke arah pembangunan sumber manusia yang berakhlak dan berintegiriti sama ada pelajar mahupun warga pendidik,” katanya.

ISM Social Talk yang dianjurkan KPWKM melalui Institut Sosial Malaysia (ISM) iaitu sebuah pusat latihan dan pembangunan sosial, yang berfungsi sebagai platform perkongsian ilmu, pengalaman dan maklumat mengenai isu-isu sosial negara.

ISM juga menjadi ruang kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk berdiskusi dan melihat isu-isu sosial secara positif dan

menjadikannya sebagai peluang menambah baik pembangunan sosial dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia.

KPWKM yakin penganjuran program seperti ini yang dijalankan melalui usahasama dengan Kementerian Pendidikan akan memberikan nilai tambah kepada usaha Kementerian dalam membentuk masyarakat Malaysia yang prihatin dan sejahtera selain meningkatkan keterangkuman sosial yang lebih kukuh. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Hasil Aneka Jaringan rekod peningkatan 35.19 peratus

ANEKA Jaringan Holdings Berhad (Aneka Jaringan), pakar pembinaan bawah tanah dan asas, dengan mengumumkan peningkatan hasil sebanyak 35.19 peratus...

Lagi Artikel Berkaitan