32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 24, 2024

All Stars Gegar Vaganza himpun juara musim terdahulu

Mesti Baca

MERAIKAN ulang tahun kesepuluh Gegar Vaganza (GV) dengan musim baharu kali ini, seramai 10 peserta daripada bekas juara terdahulu dihimpunkan menerusi All Stars Gegar Vaganza.

Bakal bersiaran di saluran Astro Ria pada 24 September ini, mereka yang terbabit adalah Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).

Manakala lima lagi penyanyi dari musim-musim lalu bakal dipilih menerusi undian peminat atau ‘hot seat’ bermula hari ini di laman sesawang www.astrogempak.com/gegarvaganza.

Undian akan ditutup pada 10 September jam 11.59 malam.

Dengan menampilkan juara-juara sepanjang sembilan musim serta lima pilihan peminat, GV kali ini semestinya lebih sengit kerana peserta bakal berentap dengan yang terbaik di persada muzik tempatan bahkan nusantara.

Kegemilangan musim kesepuluh menampakkan keinginan Astro untuk mencabar penyanyi-penyanyi tersohor rantau ini lantas menobatkan juara di kalangan juara dan juga pilihan peminat untuk musim ini.

Barisan juri masih diketuai oleh Datuk Ramli MS yang akan didampingi Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi ikonik Indonesia, Hetty Koes Endang.

Advertisements

All Stars Gegar Vaganza masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus oleh barisan juri profesional.

Peserta yang mendapat markah terendah pada setiap minggu akan disingkirkan manakala Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200, 000.

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu, Astro, Raqim Ahmad berkata, GV kali ini sedikit berbeza sempena meraikan 10 tahun penganjuran program realiti itu.

“Kita sudah lama merancang untuk mengadakan versi All Star, tahun depan jika tiada halangan kita akan kembali peserta yang baharu seperti biasa.

“Kelainan pada kali ini apabila kita menambah jumlah hadiah kemenangan di mana Juara akan mendapat RM200,000 berbanding sebelum ini hanya RM100,000,” katanya pada sidang media All Stars Gegar Vaganza yang diadakan di sebuah pusat beli belah, hari ini.

Mengulas mengenai hos, Raqim berkata, akan ada sedikit rombakan dan semuanya akan diumumkan pada konsert minggu pertama program berkenaan itu nanti.

“Segala perubahan akan kita umumkan pada minggu pertama konsert nanti,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

ADUN Sungai Bakap daripada Pas, Nor Zamri meninggal dunia

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap dalam Parlimen Nibong Tebal, Nor Zamri Latiff disahkan meninggal dunia tengah hari...

Lagi Artikel Berkaitan