30.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Juara ASGV, Jaclyn Victor bawa pulang RM200,000

Mesti Baca

MEMBERIKAN persembahan yang penuh bertenaga, juara All Stars Gegar Vaganza (ASGV) menjadi milik penyanyi Jaclyn Victor sekali gus membawa pulang hadiah utama wang tunai RM200,000.

Berlangsung penuh berprestij di Axiata Arena, Bukit Jalil, penyanyi berusia 45 tahun itu turut membawa pulang hadiah iringan berupa pakej percutian ke Switzerland, pakej penginapan di Royale Chulan Hotel London, baucar dekorasi ruangan dan trofi.

Pemilik nama penuh Jaclyn Joshua Thanaraj Victor itu turut menerima hadiah Bintang Paling Power Meow berupa wang tunai RM3,000 dan produk Adabi bernilai RM500.

Jac tampil dengan persembahan hebat menerusi lagu When You Believe nyanyian asal Whitney Houston dan Mariah Carey, manakala duet bersama Datuk Jamal Abdillah (Sandarkan Pada Kenangan) dan di pusingan battle menyanyikan lagu Let’s Kill This Love (bersama Siti Nordiana, Liza Hanim serta Tomok).

Tujuh lagi finalis lain iaitu Hady Mirza, Liza Hanim, Siti Nordiana, Nikki Palikat, Azharina, Tomok dan Naqiu menerima wang tunai RM10,000, pakej percutian dan trofi.

Selain itu, Naqiu turut menerima hadiah tambahan iaitu Anugerah Pilihan Bos Susu dan membawa pulang wang tunai RM10,000 serta Bintang Cuckoo Paling Gempak pada awal program.

Advertisements

Manakala Siti Nordiana menjadi pilihan peminat untuk menerima Anugerah Gegaran Generasi Juara Digi.

Lapan finalis  diadili juri tetap Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi popular Indonesia, Hetty Koes Endang serta juri jemputan Ratu Rock Ella.

ASGV dikendalikan oleh dua pengacara popular, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Sementara itu Hael Husaini, Amir Ahnaf, Anna Jobling, Aina Abdul, Cakra Khan, Ifan Seventeen, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Zainal Abidin, antara yang hadir memeriahkan lagi pentas akhir itu.

Berlangsung selama tiga jam setengah, pentas akhir ASGV menutup tirainya di Axiata Arena, Bukit Jalil selepas berlangsung di Auditorium MBSA selama 11 minggu. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan