28.2 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Kemenangan dipertikai, Jaclyn Victor minta semua bertenang

Mesti Baca

KEMENANGAN penyanyi Jaclyn Victor menerusi program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada malam Ahad lalu menimbulkan pertikaian ramai netizen melalui media sosial.

Rata-rata mempunyai pilihan juara mereka sendiri dan merasakan ada penyanyi yang lebih layak untuk menjadi pemenang utama dalam pertandingan itu.

Sedikit pun tidak melatah, Jaclyn, 45, berkata, bukan dia yang memberi markah, sebaliknya persembahan peserta dinilai oleh juri profesional yang terdiri daripada Maestro Muzik, Datuk Ramli MS selaku Ketua Juri bersama, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Ella.

“Harap peminat semua boleh bertenang, bukan saya yang berikan markah. Sejujurnya, ketika saya berdiri di pentas, saya hanya berserah.

“Saya langsung tidak memikirkan tentang kejuaraan kerana saya tidak mahu letak tekanan pada diri saya.

“Ini kerana jika saya tertekan, orang boleh nampak daripada reaksi wajah saya.

“Saya hanya ingin melakukan yang terbaik dan siapa sahaja yang menang saya tumpang gembira dengan mereka,” katanya ketika ditemui pada sidang media program All Stars Gegar Vaganza malam Ahad lalu.

Advertisements

Pada malam itu, Jaclyn tampil dengan persembahan hebat menerusi lagu When You Believe nyanyian asal Whitney Houston dan Mariah Carey, manakala duet bersama Datuk Jamal Abdillah (Sandarkan Pada Kenangan) dan di pusingan battle menyanyikan lagu Let’s Kill This Love (bersama Siti Nordiana, Liza Hanim serta Tomok).

Tujuh lagi finalis lain iaitu Hady Mirza, Liza Hanim, Siti Nordiana, Nikki Palikat, Azharina, Tomok dan Naqiu menerima wang tunai RM10,000, pakej percutian dan trofi.

Berkongsi mengenai wang kemenangan yang diterima, Jaclyn berkata, wang itu akan disimpan ke dalam akaun bank dua anaknya iaitu Jonah Joshiah Rivera, 8, dan Molly Marguerite Rivera, 6 tahun.

Jaclyn berkata, setiap kali keluar bekerja, dia sering mengingatkan anak-anak bahawa apa yang dilakukannya itu adalah untuk mereka berdua.

“Saya tidak tahu berapa lama lagi boleh bersama mereka, oleh itu saya sentiasa simpan wang untuk kegunaan mereka pada masa depan.

“Seperti tahun lalu, saya tidak sentuh langsung wang kemenangan RM100,000 yang diterima dan saya masukkan ke akaun bank mereka.

“Kali ini saya juga akan lakukan hal yang sama,” katanya lagi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan