31.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Maleeq Dragster sekali lagi jadi juara RCS Jepun

Mesti Baca

TERUS melakar sejarah membanggakan, pelumba cilik, Maleeq Dragster menjuarai Kejuaraan Run Bike Series (RCS) Jepun 2024 yang berlangsung di Fuji Marine Pool, Jepun, baru-baru ini.

Kejayaan itu adalah kejuaraan kedua Maleeq atau nama penuhnya, Wan Ayden Maleeq Wan Mohd Muzri selepas dia mencipta sejarah menjadi anak Malaysia pertama membawa pulang trofi RCS Jepun musim ke-12 pada November tahun lalu.

Presiden The M8 Cycling Club, Datuk Seri Wan Mohd Muzri Ramli yang juga bapa kepada Maleeq berkata, kejuaraan itu amat bermakna buat komuniti pushbike tempatan khususnya yang sentiasa memberi semangat dan harapan buat Maleeq.

“Cabaran utama dalam perlumbaan kali ini bukan sahaja persaingan antara pelumba, tetapi cuaca kedua-dua hari pertandingan hujan. Apabila hujan, suhu menjadi semakin sejuk dan Maleeq berlumba dalam keadaan kesejukan.

“Semestinya, mengekalkan kejuaraan adalah sesuatu yang mendebarkan dan merisaukan kami sebagai ibu bapa. Tahniah dan bangga kerana ini adalah permulaan terbaik Maleeq untuk tahun ini.

“Apatah lagi, membawa nama Malaysia dan pasukan M8 ke peringkat lebih tinggi adalah satu tanggungjawab yang besar. Tanpa usaha dan pengorbanan tidak mampu kita ukir kejayaan. Sejarah berulang lagi kali ini buat Maleeq,” katanya.

Kejayaan pelumba cilik itu turut mendapat penghargaan daripada Presiden RSC, Yuuki Takahira yang mengakui Malaysia berjaya melahirkan seorang juara, selain mendapat liputan beberapa akhbar Jepun seperti Tokyo Chinichi Sports dan Majalah RCS.

Advertisements

RCS Jepun adalah kejohanan terbaik di Asia dengan mengumpulkan juara-juara pushbike dari seluruh dunia, antaranya tuan rumah, China, Taiwan, Thailand, Malaysia dan banyak lagi.

Dalam pada itu, sebagai persediaan, Maleeq menyertai kejohanan pemanas badan M8 Centre Pushbike Race yang dianjurkan di Malaysia selama dua hari pada 30 dan 31 Disember lalu yang turut menyaksikannya muncul juara berganda pada saingan terbabit.

Kejayaan itu sekali gus memberikan keyakinan tinggi buat Maleeq sehingga berhasil menjuarai RSC Jepun buat kali kedua berturut-turut.

Selepas pulang dari Jepun, Maleeq yang disertai abang serta kakaknya, Mikael dan Mikayla juga berjaya mencipta kejayaan apabila mengungguli Kejuaraan Pushbike di Thailand baru-baru ini.

Maleeq berjaya menggenggam gelaran juara untuk dua hari berturut-turut selain abangnya, Mikael juga mengungguli kategori 2017 dan Open Big.

Manakala kakaknya pula menduduki tempat kedua dan ketiga dalam kategori Open Girl serta Open Extra di kejuaraan yang sama. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemegang jawatan dalam UMNO perlu tampilkan idea segar, bernas

PARA pemegang jawatan dalam UMNO di semua peringkat perlu tampil ke hadapan untuk memberikan idea-idea segar dan bernas, kata...

Lagi Artikel Berkaitan