MANCHESTER City dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris musim 2022/2023 selepas Arsenal tewas 1-0 di Nottingham Forest, awal pagi tadi.
The Gunners perlu menang untuk menangguhkan sambutan kejuaraan City yang akan melayan kunjungan Chelsea di Etihad malam ini.
Skuad bimbingan Pep Guardiola bangkit mengejar kelebihan lapan mata Arsenal ketika pasukan kendalian Mikel Arteta itu mula goyah dengan hanya meraih tiga kemenangan dalam sembilan perlawanan terakhir.
City memenangi 11 perlawanan liga berturut-turut termasuk kemenangan 4-1 ke atas Arsenal di penghujung bulan lalu.
The Citizens mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 23 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.
City kini berada landasan terbaik untuk rangku gelaran ‘treble’ setelah mara ke peringkat akhir kedua-dua final Piala FA dan Liga Juara-Juara( UCL).
Juara EPL itu akan menentang Manchester United dalam perlawanan final Piala FA pada 3 Jun depan serta akan berhadapan Inter Milan bagi merebut trofi UCL pada 11 Jun.
City telah merangkul EPL untuk musim ketiga berturut-turut dan yang kelima dalam tempoh enam tahun lalu.
Pencapaian Pep Guardiola menyamai rekod pengurus lagenda Manchester United, Sir Alex Ferguson bergelar juara bersama United dari tahun 1999 hingga 2001 serta 2007 hingga 2010.- Edisi 9